Mac 15, 2016

Kena Tinggal

"We're not even fiancee. Please understand that I am free to do whatever I want!!"

Aku rasa ayat ni ayat paling tragis buat pasangan bercinta. Biasanya ditujukan khas buat sang wanita yang terlalu ingin tahu sangat apa yang boifren dia buat bila mesej selalu tak berbalas. Padahal boifren dia buat relex je tengah sibuk kerja. Betul ke tengah buat relex? Ke ada perempuan lain? Kah! Persoalan-persoalan yang macamni lah selalunya buat wanita tak boleh berhenti berfikir bila boifren dia selalu sangat tak respon mesej. 

Berdasarkan tajuk, aku nak tanya, pernah tak korang kena tinggal dengan boifren/girlfren korang sebab dia rimas or semak dengan korang? Agak-agak ada tak? Tapi jangan lah kecam aku sebab aku tanya soalan macamni. Banyak lagi sebabnya kalau kena tinggal. Salah satu sebab yang aku nak highlight kat sini ialah kau kena tinggal sebab pasangan kau busy sangat dan dia tak nak buat kau tergantung. Tergantung? Jap. Sebenarnya ada ke istilah tergantung ni bagi boifren girlfren?

Wakakah!

Yela, tergantung; sebabnya dia tak dapat nak tanya khabar kau 24 jam atau tak dapat jugak at least nak bagi satu mesej setiap bulan suruh kau jaga diri baik-baik. Busy kerja dia tu memang akan buat kau rasa tergantung. Macam tu lah kot aku rasa. Hahah! Well, kekadang kita kena sedar diri sikit. Kena selalu ambil iktibar. Bila ditinggalkan pasangan atas alasan busy nak fokus kerja dan tiba-tiba si dia ingin putuskan perhubungan, ketahuilah sebenarnya dia dah muak dengan perangai atau cara kita.

Aku tak kata ini satu-satu penyebabnya. Ini cuma salah satu sebab kenapa kena tinggal. Korang ada sebab lain tak, kenapa kena tinggal? Aku pasti ada. Lepas kena tinggal pulak, mulalah nak lemah semangat bagai. Mana tak nya. Kita dah beri banyak effort sepanjang percintaan dan ada yang bertahun-tahun bercinta, tetap juga ditinggalkan. Janganlah nak patah semangat sangat kena tinggal, OK? 

Bukannya tunang kita atau suami kita hendak dilarang apa-apa sahaja yang pasangan kita ingin lakukan. Setiap orang pemikirannya berbeza. Ada yang ingin dijaga rapi. Ada yang matang ingin fokus terhadap kerjayanya. Ada yang penting keluarga lebih dari segala. Jadi, berpada-pada. Jangan lupa, kita masih juga bukan milik sesiapa selain Allah serta ibu dan bapa. Suami/isteri pula? Selepas berjaya akad dan nikah dengan sempurna.

Percaya dan yakin jela dengan setiap takdir dan pertemuan Allah. Belum maut lagi yang panggil kita untuk tinggalkan dunia ni. Janganlah pulak sampai makan tahun menyimpan dendam. Mungkin kita juga telah terlalu lalai dalam menjaga hati dan perasaan pasangan sehingga lupa kepada cinta Allah. Bila kena tinggal, baru kita tersedar yang dijaga itu cuma hati pasangan yang belum halal buat kita. Kena tinggal berhikmah, penghujungnya tetap ada kebaikan.

Last but not least, kalau dia jodoh kau, pergi jauh mana dan lama mana pun kau... jika dia benar untuk kau, dia akan datang cari kau dengan sendirinya. Cewahh! 






12 ulasan :

  1. entah. tak pernah. sebab takda boifren :( haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi. Tak pernah tu mungkin yg lebih baik. Semoga kelak dikurnia bakal suami yang soleh =)

      Padam
  2. Tanamkan dalam diri bahawa setiap apa yg terjadi ada hikmah yg Allah mahu berikan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu kak. Semua yg berlaku dalam hidup kita ni pasti berhikmah =)

      Padam
  3. saya pernah lalui semua ni. tapi yg penting, jangan lemah. move on je. mula2 tu memang frust, tapi kena kuat, bykkan masa dgn kawan2 dgn family dan yg paling penting dgn Allah. itu lagi berbaloi. jadikan diri awak lebih berharga dari org lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul2. Kena jugak move on. Kalau tak sampai bila nak jadi lemah, kan? Banyak lagi benda boleh buat kita bahagia =)

      Padam
  4. tak pernah lah pulak sebab tak pernah bercinta hihihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. rezeki nak bercinta selepas nikah kot nanti.. hihihi

      Padam
  5. Hahaha.. frust kejap tu normal. Yang penting jangan lemah (^^,) Inshaallah ada hikmah. Perancangan Allah itu yg terbaik. " Woman is a reflection of her man "... Salam perkenalan. =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe. frust pun kejap je, tak boleh lama2. dan kena percaya perancangan yang diatur Allah tu always the best for us =)

      Padam
  6. Its okay dear. Yang penting, Jodoh itu Rahsia Ilahi. Dia tinggal awal camner pon, tak reply msg camner pon, if Jodoh you all, so tidak akan kemana. Percaya perancangan Allah itu adalah sebaik-baik perancangan. ☺

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes sis! Jodoh tu rahsia Allah. Kena percaya dengan semua yang berlaku pasti ada hikmahnya =)

      Padam