Mac 19, 2016

Elak Strok Haba

Selamat pagi yang indah!

Hari ni nina nak cerita sikit pasal strok haba. Apa itu strok haba? Ringkasnya, strok haba ialah apabila paras suhu badan melebihi 40.5 darjah celcius. Suhu normal badan kita pula ialah kira-kira 37.0 darjah celcius. Berikutan cuaca panas yang melampau, nina nak nasihatkan kepada semua orang supaya biasakan diri untuk minum banyak air supaya sentiasa terhidrat. Lagi satu, kena selalu elakkan diri daripada terlibat dengan aktiviti luar.

Strok haba juga boleh mengundang komplikasi kepada sistem saraf otak. Antara tanda-tanda awal terkena strok haba ialah korang akan mengalami sakit kepala berdenyut, kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas, mual, denyutan nadi menjadi pantas, kulit kering dan kemerahan, sawan atau pitam, otot lemah dan kekejangan serta muntah-muntah. Pendedahan berpanjangan kepada cuaca panas di samping kurang minum air dan dehidrasi badan boleh menyebabkan strok haba.

Sekiranya ada sesiapa yang mengalami strok haba, antara langkah awal yang boleh dilakukan ialah dengan menempatkan pesakit di tempat teduh dan berhawa dingin, lap badan pesakit dengan menggunakan tuala basah atau pesakit juga mungkin boleh merendam badan di dalam kolam air bagi menurunkan tekanan haba dan menyejukkan badan. Elakkan aktiviti riadan dan sekali lagi, sila rajinkan diri untuk minum air dalam kuantiti yang banyak sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari.

Suhu tinggi/strok haba boleh mengundang kepada komplikasi di dalam sistem saraf otak sehingga boleh menyebabkan koma dan membawa kematian. Who's at risk? Take note that adults over 65, children under 4, people with existing medical problems such as heart disease, and people without access to air conditioning are at this risk. Nahh, nina kongsi sikit beberapa tips untuk korang kekal sihat di musim panas :

1. Banyak minum air kosong
2. Guna kipas/penghawa dingin untuk menyejukkan badan
3. Lebihkan masa di dalam rumah dan hadkan aktiviti luar
4. Pakai losyen pelindung suria (SPF 30 ke atas lebih baik)
5. Kurangkan minum minuman berkafein, alkohol dan bergula
6. Pakai pakaian yang ringan, berwarna terang dan longgar
7. Tidak duduk di dalam kenderaan yang bertutup tanpa penghawa dingin
8. Minum minuman isotonik untuk menggantikan garam yang hilang akibat berpeluh
9. Pakai topi/payung untuk melindungi pancaran haba terus ke badan


3 ulasan :

  1. Cuaca extreme panas skrg kena byk minum air kosong... ada dengar yang koma sbb darah da sampai otak. moga kita dijauhkan.. amin

    BalasPadam
  2. memang cuaca panas gilaa tau skang nih. nak kluar rumah pun takut.

    btw semoga kita sihat selalu keyh ;)

    BalasPadam
  3. kena jaga kesihatan dalam cuaca panas macam ni,

    salam kenal

    BalasPadam